• Hanyut Di Lautan Hindi Selama 7 bulan

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+


    SAINT-DENIS DE LA REUNION: – Pengawal pantai Pulau Reunion menyelamatkan pelayar warga Poland yang menghabiskan masa selama tujuh bulan bersama kucingnya setelah botnya mengalami kerosakan di Lautan Hindi

    Para penyiasat sedang menyiasat jadual pelayaran Zbigniew Reket, 54, yang dikatakan belayar dengan bot sementara dari Pulau Comoros pada Mei lalu menuju ke Afrika Selatan.

    Pelayaran sejauh lebih 2,000 kilometer itu menyaksikan beliau mengembara ke selatan ke Terusan Mozambique, mengharungi laluan kapal yang sibuk dengan arus deras dengan bot keselamatan yang telah diubahsuai.

    Tidak sampai Afrika Selatan, dia ditarik keluar daripada ombak yang tersasar laluannya, berhampiran Pulau Reunion milik Perancis pada Ahad lalu selepas ditemui seorang krew kapal layar.

    Pelayar itu berkata, dia dan kucingnya mengharungi kehidupan dengan memakan setengah paket sup Cina setiap hari dan ikan yang ditangkapnya.

    Peralatan bot itu telah musnah dan lelaki tersebut tudak memunyai kemudahan untuk berkomunikasi, kata pengawal pantai, Societe Nationale de Sauvetage en Mer (SNSM), kepada AFP.

    Menurutnya, pengembaraan bermula pada 2014 apabila beliau mengembara ke India dari Amerika Syarikat dan membeli bot dengan niat untuk belayar pulang ke Poland.

    Selepas menghabiskan masa mengubahsuai bot, dia mula belayar tetapi botnya rosak selepas meninggalkan pelabuhan kerana masalah tiang.

    Pelayar itu hanyut di lautan Hindi sebelum tiba di Pulau Comoros. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Hanyut Di Lautan Hindi Selama 7 bulan "