• Hanya Asap, Tiada Debu Gunung Agung

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+


    BALI: Pusat Makluman Debu Gunung Berapi Darwin (VAAC) di Australia tidak mengesan sebarang pelepasan debu kecuali asap di Gunung Agung.

    "Kamera yang memantau situasi di gunung itu hanya menunjukkan kepulan asap dan stim yang kecil jumlahnya dilepaskan dari kawah gunung itu.

    "Malahan, laporan yang diterima juga mendapati tiada debu dilepaskan ketika ini," kata VAAC.

    Setakat ini, lebih 55,000 orang yang tinggal berhampiran Gunung Agung masih ditempatkan di perkampungan sementara, walaupun keadaan semasa gunung berapi itu agak tenang beberapa hari ini.

    Tanpa sebarang petanda akan berlaku letusan besar, bagaimanapun pihak berkuasa masih meletakkan amaran pada peringkat tertinggi.

    Dalam kalangan saintis menyatakan bahaya masih lagi ada sekalipun ketika ini agak sukar untuk membuat sebarang jangkaan.

    Gunung berapi Agung pernah meletus pada 1963 yang mengorbankan lebih 1,000 orang.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Hanya Asap, Tiada Debu Gunung Agung "