• Hampir 20 Calon Berpotensi Untuk Parlimen Puncak Borneo - Manyin

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Michael Manyin Jawong mendedahkan hampir 20 calon berpotensi di kalangan komuniti bidayuh yang boleh bertanding untuk kerusi Parlimen Puncak Borneo pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, difahamkan bahawa penyandang sebelum ini Datuk Seri James Dawos mengundur diri disebabkan masalah kesihatan.

    "Ramai calon berkelayakan dari masyarakat Bidayuh boleh bertanding di kawasan Parlimen Puncak Borneo untuk Barisan Nasional (BN),"

    "Saya bukan Ketua Menteri dan saya bukan Perdana Menteri, jadi saya tidak mempunyai kuasa untuk mengatakan siapa calon berkenaan. Calon adalah prerogatif Ketua Menteri dan Perdana Menteri, tetapi apa yang boleh saya katakan ialah siapa sahaja calon BN, kami akan menyokong. katanya.

    Sementara itu, pada bulan Februari yang lalu, Dawos telah mencadangkan Datuk Detta Samen (Pegawai Khasnya) dan Timbalan Ketua PBB Mambong sebagai pengganti beliau yang berpotensi.

    Sejak dari itu, banyak nama telah muncul dan mereka telah aktif melobi untuk kerusi tersebut. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Hampir 20 Calon Berpotensi Untuk Parlimen Puncak Borneo - Manyin "