• Halau Isteri Kerana Arena of Valor

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 25 December 2017
    A- A+


    SEORANG lelaki menghalau isterinya keluar dari rumah mereka di Kuala Lumpur selepas wanita itu mengadu tentang ketagihannnya bermain permainan dalam talian, lapor Oriental Daily.

    Wanita yang berusia 25 tahun itu berkata, dia bertemu dengan suaminya enam tahun lalu melalui seorang rakan mereka.

    Pasangan itu kemudiannya jatuh cinta dan berkahwin.

    Dua tahun lalu, suaminya, 25, mula bermain permainan berbilang pemain secara dalam talian yang dipanggil Arena of Valor.

    Pada mulanya dia bermain permainan itu bersama suaminya hanya sebagai peneman, tetapi lelaki itu mengkritiknya kerana tidak mahir bermain dan mula bermain dengan kawan-kawannya yang lain.

    "Dia selalu pulang lewat dan tidak meluangkan masa bersama saya atau anak perempuan kami yang berusia tiga tahun

    "Tidak kira berapa kali pun saya menasihatinya, dia tidak akan dengar," katanya.

    Wanita itu kemudiannya mendaftar masuk ke akaun permainan suaminya dan menjual pencapaian pemainnya, dengan harapan perbuatan itu akan menghentikan tabiat ketagihan lelaki itu.

    Bagaimanapun, suaminya menjadi marah apabila dia mengetahui mengenai perkara tersebut lalu menghalaunya keluar dari rumah mereka.- Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Halau Isteri Kerana Arena of Valor "