• Guru wanita korban pertama banjir di Sarawak

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    LIMBANG - Seorang guru wanita menjadi korban pertama banjir di negeri ini selepas ditemui lemas di dalam kereta di Tebingan Sungai Limbang di sini pagi ini.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Linggem berkata, guru wanita yang dikenali sebagai Norsiah itu ditemui lemas di dalam kereta jenis Proton Persona pada pukul 8.27 pagi.

    Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang sedang menaiki kereta itu bersama suaminya dipercayai dihanyutkan arus deras akibat air pasang besar yang berlaku malam tadi.

    "Bagaimanapun, suami mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan dirinya, manakala mangsa gagal keluar dari kenderaan itu dan dipercayai lemas.

    "Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Limbang untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

    Sementara itu, hujan lebat yang berterusan serta fenomena air pasang besar sejak semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan di Bintulu, Miri dan Limbang dilanda banjir mulai hari ini. - K! ONLINE
  • No Comment to " Guru wanita korban pertama banjir di Sarawak "