• Guru Harus Komited Lahirkan Cendekiawan - Manyin

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    BINTULU: Setiap guru harus menanam tekad untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anak didik mereka dalam usaha membantu kerajaan melahirkan lebih ramai cendekiawan, demikian kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

    Menurutnya, bagi memastikan pelajar menerima pendidikan terbaik, warga pendidik harus komited dalam menjalan tugas.

    "Ini bagi memastikan kualiti pendidikan negeri ini dapat diperbaiki dan pencapaian pelajar setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini," katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak terutama ibu bapa dan guru menjalinkan kerjasama erat bagi memastikan isu berkaitan akademik dan korikulum ditangani dengan baik.

    "Warga pendidik di negeri ini harus membantu kementerian memikirkan cara terbaik untuk memperbaiki mutu akademik pelajar di semua sekolah," ujarnya. - Sarawakiana


  • No Comment to " Guru Harus Komited Lahirkan Cendekiawan - Manyin "