• Guatemala Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis

    Published: Monday, 25 December 2017
    A- A+


    GUATEMALA CITY – GUATEMALA. Presiden Guatemala, Jimmy Morales mengarahkan kedutaan negaranya di Israel untuk dipindahkan ke Baitulmaqdis lapor BBC.

    Menerusi kenyataannya di Facebook, Morales mengatakan keputusan tersebut diambil setelah berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

    "Wahai penduduk Guatemala, hari ini saya telah berbincang dengan PM Israel mengenai hubungan baik antara kedua-dua negara sejak Guatemala menyokong pembentukan negara Israel.

    "Dan yang paling penting adalah penukaran kedutaan Guatemala dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Saya telah mengarahkan pihak terlibat untuk menguruskan pemindahan tersebut," tulisnya.

    Sebelum ini, Guatemala merupakan salah satu daripada sembilan negara yang mengundi menentang resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya Amerika Syarikat (AS) menarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

    Dalam pada itu, Perhimpunan Agung PBB telah mengundi dan sebanyak 128 negara mengundi menolak pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis adalah batal dan tidak sah manakala hanya sembilan negara yang memberikan sokongan pada AS dan 35 lagi berkecuali lapor Al-Jazeera.

    Subjects:

  • No Comment to " Guatemala Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis "