• Gigolo Pembunuh Pernah Bekerja Di Malaysia

    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh Deli Cinta Sihombing, 32, di Batam, dikatakan mencekik Deli hingga mati selepas mangsa memanggilnya anjing selepas dia menagih hutang bayaran khidmatnya sebagai gigolo.

    Menurut Tribun Batam, Dedi Purbianto, 28, mengakui baru menjadi gigolo selepas pulang dari Malaysia.

    Lelaki itu yang ditahan Sabtu lalu, berkata dia pernah bekerja di Malaysia sebelum pulang pada 2015 dan bekerja sebagai pelayan bar di sebuah hotel di Batam.

    Sementara itu, Batam Today melaporkan, Ketua Polis Batu Aji, Sujoko, berkata Dedi pernah dipenjara selama empat bulan di Malaysia sebagai pendatang haram.

    Mayat Deli Cinta ditemui dengan kaki dan tangan terikat tanpa seluar di rumahnya di Tanjung Uncang, Batu Aji, Batam, Khamis lalu. ketika kejadian, suami wanita terbabit tiada di rumah kerana sedang berlayar yang dijadualkan selama sebulan.

    Sekembalinya ke Batam, Dedi diperkenalkan dengan kerjaya gigolo oleh rakan-rakan barunya dan mencari pelanggan melalui aplikasi Badoo.

    Menurut Dedi, dia baru melayan empat wanita dengan kadar bayaran berbeza-beza bergantung kepada rundingan.

    Ketua Polis Barelang, Hengki, berkata dalam keterangannya kepada polis, Dedi berkata, dia sudah dua kali melakukan hubungan seks dengan Deli Cinta, kali pertama di sebuah hotel dengan bayaran dipersetujui 1.5 juta rupiah (RM452) namun baru dibayar 200 ribu rupiah (RM60).

    Menurutnya, kali kedua di melayan Deli Cinta ialah di rumah mangsa (pada hari pembunuhan - 20 Disember) dan selepas itu berlaku pertengkaran ketika Dedi menagih hutangnya

    “Mangsa (Deli Cinta) menjawab ‘tunggulah sebentar. Aku belum pakai baju’,” katanya.

    Hengki berkata, Dedi mendakwa mencekik Deli hingga mati selepas mangsa memanggilnya anjing.

    Menurut Hengki menyebutkan, Dedi melarikan kereta Toyota Rush, televisyen, dompet dan telefon bimbit milik mangsa.

    “Dedi menukar nombor plat kereta berkenaan, menjual telefon bimbit manakala televisyen ditemui di rumah sewanya,” katanya.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Gigolo Pembunuh Pernah Bekerja Di Malaysia "