• Gerawat Gesa Sayap Wanita PBB Mulu Terus Aktif Daftar Ahli

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala menggesa Sayap Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Mulu untuk menambah lebih ramai ahli.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, kekuatan sesebuah parti bergantung kepada kekuatan ahli.

    "Menambah ahli sebenarnya penting kerana ia garis hayat sesebuah parti.

    "Cabaran ini adalah untuk kita pada penggal akan datang," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, kawasan DUN Mulu mempunyai 8,000 pengundi, adalah penting untuk menambah ahli sekaligus menambah bilangan pengundi.

    "Jika kita mempunyai lebih pengundi, lebih lantang suara kita di DUN dan sebagainya," ujarnya.

    Gerawat juga mengingatkan ahli parti untuk mmemberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

    "Kita mesti meningkatkan perkhidmatan kita kepada rakyat menerusi program dan aktiviti yang dirancang sayap wanita.

    "Wanita adalah penggerak dan kita sentiasa menghargai penglibatan serta sumbangan dalam parti kerana tanpa mereka setengah ahli parti hilang selain tidak berfungsi sepenuhnya," jelasnya.-Sarawakiana








    Subjects:

  • No Comment to " Gerawat Gesa Sayap Wanita PBB Mulu Terus Aktif Daftar Ahli "