• George Clooney 
Hadiahkan 14 Rakan Baik RM5.3 Juta Setiap Seorang

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    WASHINGTON – Pelakon popular, George Clooney menghadiahkan wang tunai berjumlah AS$1.3 juta (RM5.3 juta) kepada 14 rakan karib beliau sebagai tanda terima kasih kerana membantunya membina karier di Hollywood.

    Perkara itu didedahkan oleh seorang rakan karibnya, Rande Gerber ketika hadir pada program Headliners di sini baru-baru ini.

    Suami kepada supermodel Cindy Crawford itu berkata, Clooney, 56, menjemput 14 rakan karibnya untuk makan malam di rumahnya pada 27 September 2013 sebelum beliau memberikan setiap seorang daripada mereka sebuah beg bimbit berisi wang tunai.

    “Clooney memulakan ucapan dengan menyatakan dia mahu semua kawan-kawannya tahu mereka amat penting dalam kehidupannya. Dia juga mengimbas kembali pertolongan yang mereka hulurkan ketika dia tiba di Los Angeles sehingga berjaya di layar perak pada hari ini,” cerita Gerber.

    Baru-baru ini, portal hiburan Page Six melaporkan pelakon itu bersama isterinya, Amal Clooney, 39, turut mengagihkan fon kepala kepada penumpang sebuah pesawat penerbangan untuk memohon maaf susulan bunyi bising anak kembar mereka, Ella dan Alexander. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " George Clooney 
Hadiahkan 14 Rakan Baik RM5.3 Juta Setiap Seorang "