• Generasi Muda Perlu Ambil Peluang Kuasai Kemahiran & Ilmu Pengetahuan

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+
    Foto FB Simoi Peri
    SRI AMAN: Generasi muda perlu mengambil peluang menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan bagi membolehkan generasi berkenaan bersaing menghadapi kehidupan lebih mencabar kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menegaskan setiap individu termasuk generasi muda memperlengkap diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan.

    “Memandangakan Wawasan 2020 hanya tinggal dua tahun bagi mencapai taraf negara maju, kita perlu memiliki tenaga kerja mahir sebagai penggerak dan pencetus kemajuan negara.

    “Justeru, generasi muda perlu dilengkapi dengan segala aspek pengetahuan dan kemahiran agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

    Katanya lagi, ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT perlu dikuasai setiap individu termasuk generasi muda.

    Beliau turut mengingatkan generasi muda agar tidak melibatkan diri dengan pelbagai masalah sosial kerana ia hanya membuang masa dan menghancurkan masa depan mereka.

    “Gunakan sebaik-baik masa untuk mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memajukan diri daripada melakukan perbuatan menghancurkan masa depan,” ujarnya – Sarawakiana
  • No Comment to " Generasi Muda Perlu Ambil Peluang Kuasai Kemahiran & Ilmu Pengetahuan "