• Gempa Bumi Lemah Landa Tawau

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berskala 3.7 Richter dikesan di barat daya Tawau, Sabah, pada jam 3.23 pagi tadi.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyebut, gegaran itu dirasai di sekitar Tawau, namun tiada sebarang amaran dikeluarkan.

    Sementara itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu sehingga Ahad ini.

    Keadaan itu turut dijangka berlaku di beberapa bahagian pedalaman Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

    Ribut petir, angin kencang dan hujan lebat juga diramalkan di pantai barat Sabah iaitu Ranau, Kota Belud dan Tuaran, Kudat dan Sandakan, sehingga jam 10 pagi ini.

    Selain itu, MetMalaysia dalam laman sesawangnya menyebut, ribut Tropika Kai-tak dan Tropika Tembin menyebabkan kesan angin kencang dengan kelajuan melebihi 50 kilometer sejam (km/j) dan ombak mencapai ketinggian melebihi 3.5 meter di perairan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa Bumi Lemah Landa Tawau "