• Gempa Bumi 4.1 Magnitud Landa Timur Laut AS

    Published: Friday, 1 December 2017
    A- A+

    DELAWARE: Gempa bumi 4.1 magnitud menggegarkan timur laut Amerika Syarikat (AS) semalam, satu kejadian seismik yang jarang berlaku menurut Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

    Gegaran yang pada awalnya dilaporkan pada 5.1 magnitud dan menurun kepada 4.4 magnitud itu berpusat di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Negara Bombay Hook, menurut satu kenyataan dari Agensi Pengurusan Kecemasan Delaware.

    Ia terletak kurang daripada 17 kilometer (km) dari bandar Dover dan kurang daripada 0.8 km dari Donas Landing.

    Setakat ini tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan, kata pegawai.

    Ia dirasai di Philadelphia di negeri jiran Pennsylvania, kira-kira 85 km dari pusat gempa berkenaan.

    Gempa cetek pada kedalaman 8 km itu, turut dirasai di kawasan sekitar New York City dan Baltimore, menurut laman web USGS. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa Bumi 4.1 Magnitud Landa Timur Laut AS "