• Gelandangan Curi RM1.4 Juta Di Lapangan Terbang

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+


    PARIS - PERANCIS. Seorang lelaki gelandangan mencuri 300,000 euro (RM1,439,092.75) dari sebuah pejabat yang beroperasi di terminal lapangan terbang Charles de Gaulle.

    CNN mengatakan lelaki dipercayai berumur lingkungan 50-an pada mulanya membongkar tong sampah berhampiran pejabat syarikat pengurusan wang, Loomis.

    Selanjutnya, suspek menjenguk ke dalam pejabat, menceroboh dan kemudian keluar bersama dua beg penuh dengan wang tunai.

    Suspek dipercayai melarikan diri dari lapangan terbang tersebut pada hari sama.

    Jurucakap mahkamah di Bobigny mengatakan suspek telah dikenal pasti oleh polis kerana selalu dirakam tidur di tepi jalan di lapangan terbang berkenaan.

    Siasatan masih dijalankan tetapi usaha menangkap suspek masih gagal.- Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Gelandangan Curi RM1.4 Juta Di Lapangan Terbang "