• Gebenor Jeneral New Zealand Berlepas Pulang

    Published: Saturday, 9 December 2017
    A- A+

    SEPANG – Gobernor Jeneral New Zealand, Dame Patsy Redy berlepas pulang hari ini setelah melakukan lawatan negara empat hari ke Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara New Zealand dan Malaysia.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, yang juga menteri pengiring, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengucapkan selamat jalan kepada beliau.

    Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, John Subritzky.

    Lawatan atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V itu merupakan kunjungan sulung Dame Patsy ke Malaysia sejak menjadi Gabenor Jeneral New Zealand pada September 2016.

    Kali terakhir lawatan negara Gabenor Jeneral New Zealand ke Malaysia dilakukan Dame Silvia Cartwright dari 27 Sept hingga 1 Okt 2004. -BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Gebenor Jeneral New Zealand Berlepas Pulang "