• GE Buang 12,000 Pekerja

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+
    ZURICH/LAS VEGAS: General Electric Co (GE) akan memberhentikan 12,000 pekerja dalam segmen perniagaan berkaitan penjanaan kuasa di seluruh dunia dalam usaha menjadikan syarikat itu lebih berfokus.

    Gergasi Amerika Syarikat (AS) itu dijangka meraih penjimatan AS$1 bilion pada 2018 daripada pembuangan pekerja itu.

    Ia menjangka permintaan terhadap tenaga elektrik berasaskan fosil akan terus merosot.

    Tindakan terbaru GE itu menyusuli keputusan pesaing Siemens AG yang memberhentikan 6,900 pekerja dalam menghadapi peralihan global daripada bahan api fosil kepada tenaga diperbaharui seperti angin dan solar.

    GE tidak memperincikan pemberhentian pekerja itu, yang mewakili empat peratus daripada keseluruhan tenaga kerja yang berjumlah 295,000, sebaliknya, berkata ia akan membabitkan terutamanya operasi di luar AS.

    "Pasaran tenaga tradisional termasuk gas dan arang batu semakin perlahan," kata GE menjelaskan keputusan pemberhentian pekerja itu. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " GE Buang 12,000 Pekerja "