• Garis Panduan Pusat Jagaan Warga Emas Bakal Diwujudkan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mewujudkan garis panduan untuk pusat jagaan warga emas khususnya bagi mereka yang beragama Islam selepas Rang Undang-Undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan Negara pada Selasa.

    Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata usaha itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) terbaik agar pusat jagaan tersebut menepati keperluan golongan tersebut.

    "Garis panduan tersebut masih diperhalusi. Jakim akan memimpin untuk memberi taklimat terutamanya kepada semua pusat jagaan yang penghuninya beragama Islam," katanya ketika menggulung perbahasaan RUU Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 pada persidangan Dewan Negara.

    RUU Pusat Jagaan (Pindaan) 2017 meminda Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) bertujuan mewujudkan akta khusus bagi penjagaan warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas dalam memastikan pusat jagaan warga emas di negara ini dapat dikawal selia dengan lebih rapi.

    Rohani berkata KPWKM dan Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju supaya satu akta khusus penjagaan kesihatan warga emas digubal iaitu Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017 yang dicadangkan KKM. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Garis Panduan Pusat Jagaan Warga Emas Bakal Diwujudkan "