• Gangguan Seksual: 21 Suspek Diberkas

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berjaya memberkas 21 daripada 22 suspek yang terlibat dalam kejadian gangguan seksual yang dilaporkan sepanjang tahun ini.

    Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata, polis terbabit turut menahan 13 suspek kerana disyaki menggangu penumpang di dalam pengangkutan awam.

    “Salah satu pembelajaran dari kejadian ini adalah mangsa melaporkan terus kepada polis bantuan yang bertugas dan bekerjasama rapat dengan pihak kami untuk menangkap suspek. Rata-rata suspek berjaya ditangkap selang beberapa hari selepas laporan dibuat.

    “Kami memahami kegusaran dalam kalangan masyarakat seperti maklum balas yang disuarakan menerusi media sosial, tetapi perlu diingatkan bahawa kesan daripada penularan di media tersebut mungkin menyukarkan usaha pihak berkuasa menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Pada 14 Disember lalu, empat kes gangguan seksual berlaku dalam rangkaian rel Rapid KL di mana suspek yang terlibat dalam tiga kes telah ditangkap tidak lama selepas mangsa melaporkan insiden ini kepada polis bantuan yang bertugas di stesen. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Gangguan Seksual: 21 Suspek Diberkas "