• Firman Saigan Serik Masuk Pertandingan Selepas GV4

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    Meskipun hanya mendapat tempat kelima dalam pertandingan akhir Gegar Vaganza 4 (GV4) tetapi satu-satunya penyanyi yang mewakili Indonesia, Firman Siagia sedikit tidak berasa terkilan dengan keputusan juri pada malam itu.

    Cuma selepas ini, Firman mengatakan yang dia sudah tidak mahu lagi masuk mana-mana pertandingan kerana telah penat, dan segelintir peminat-peminatnya di Indonesia juga memarahinya kerana masuk bertanding sedangkan dia sudah terkenal.

    Malah, peminat Firman bukan hanya marah Firman sebab memasuki GV4 tetapi juga sewaktu Firman memasuki pertandingan Dangdut Academy Selebriti sehinggakan sanggup mendoakan supaya Firman kalah dalam pertandingan itu.

    Tetapi, jelas Firman dia menganggap marah peminat itu sebagai tanda kasih sayang padanya, dan dia bersetuju untuk masuk dalam GV4 kerana ingin menambah pengalaman dan ternyata GV telah memberikan Firman satu pengalaman baru yang menyeronokkan.

    Betul itu, menang atau tidak itu tidak penting tetapi pengalaman yang diperolehi sepanjang berada dalam pertandingan itu lebih penting sebenarnya dan peminat marah Firman masuk bertanding kerana mereka hanya inginkan yang terbaik untuk penyanyi kesayangan mereka.

    Namun, apa yang penting Firman berasa gembira masuk bertanding dalam GV4. Jelas Firman, diberi peluang untuk menyanyikan lagu ‘Tepi Sikit’ sewaktu sagmen battle bersama Tia Jinabara itu adalah satu pengalaman yang menyeronokkan untuk Firman kerana itu adalah kali pertama dia membawakan lagu bergenre rap.

    Meskipun berasa tertekan tetapi Firman tetap seronok kerana itu memang sudah tugas seorang penyanyi untuk menjadi versatile. Yang jelasnya, Firman telah cuba yang terbaik pada malam itu, dan penonton turut terhibur melihat ‘Tepi Sikit’ versi Firman dan Tia Jinbara. –utaranews.com

    Subjects:

  • No Comment to " Firman Saigan Serik Masuk Pertandingan Selepas GV4 "