• Firefly Tutup Pejabat Jualan Di Persada

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+

    JOHOR BAHRU: FlyFirefly Sdn Bhd mengumumkan penutupan pejabat jualan Firefly di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor di sini akhir bulan ini.

    Pengurus Jualan Firefly Johor, Khairul Anuar berkata, penutupan pejabat jualan tersebut hanya melibatkan pejabat di Persada Johor.

    “Saya ingin memaklumkan bahawa penutupan pejabat jualan Firefly di Johor hanyalah di Persada Johor yang mana tarikh akhir operasinya adalah 22 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

    Bagaimanapun, Khairul berkata, semua jadual penerbangan dan pejabat operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih beroperasi seperti biasa.

    “Semua urusan berjalan seperti biasa dan sebarang maklumat atau pertanyaan boleh hubungi saya menerusi e-mel, khairulanuardaud@fireflyz.com.my atau telefon 019-7782244,” tambahnya lagi.- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Firefly Tutup Pejabat Jualan Di Persada "