• Fazura, Fattah Menjadi Tumpuan Di Jakarta

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+


    JAKARTA - Pasangan pengantin baharu, Fattah Amin dan Fazura mendapat perhatian ramai apabila muncul kali pertama secara rasmi pada tayangan perdana filem Ayat Ayat Cnta 2, di sini, malam tadi.

    Fattah dan Fazura yang dikenalj sebagai Fattzura dikerumuni peminat dan wartawan tempatan yang teruja melihat kehadiran dua bintang yang baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 27 November lalu.

    Tayangan perdana filem sekuel Ayat ayat Cinta 2 ditayangkan secara eksklusif selama dua malam berturut-turut apabila Fazura sendiri turut berlakon dalam filem yang pernah menjadi fenomena kira-kira sedekad lalu.

    Kata Fazura, 34, kehadiran Fattah menenaminya ke Jakarta menjadi satu perkara yang menyeronokkan kerana kini dapat melakukan aktiviti bersama sebagai suami isteri.

    “Sangat seronok sebenarnya apabila suami sendiri dapat menemani saya ke acara-acara begini. Ini sekali gus membuktikan yang Fattah suami yang sangat baik, mengambil berat dan sentiasa menyokong kerjaya saya.

    “Malah sekarang ini orang ambil gambar kami berdua sahaja, gambar solo saya langsung tidak ada,” kata Fazura sambil ketawa.

    Apa yang turut menggembirakan ialah Fattah, 27, sendiri turut diintai oleh produser Indonesia untuk melebarkan kerjaya di sana.

    “Alhamdulillah, saya harap dia juga akan dapat peluang berlakon di negara ini pada tahun hadapan,” sambung Fazura lagi.

    Sementara itu Fattah ketika ditemui berkata, oleh kerana dia mempunyai masa yang terluang untuk beberapa hari, dia cukup gembira menghadiri majlis yang melibatkan isterinya.

    Mengenai tawaran yang diterima di Indonesia, pelakon yang sedang popular dengan drama bersiri Mr. Coffee Prince ini turut teruja untuk terlibat dengan produksi di negara bekas tanah jajahan Belanda itu pada masa depan.

    Filem Ayat-Ayat Cinta arahan Guntur Soeharjanto bakal ditayangkan di seluruh Indonesia bermula 21 Disember ini sementara di Malaysia pula filem berkenaan bakal menemui penonton pada 11 Januari depan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Fazura, Fattah Menjadi Tumpuan Di Jakarta "