• Fattah Amin Memang Ada Kecemasan – Pihak Pengurusan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Fattah Amin menangkis dakwaan netizen yang mengatakan pelakon tersebut tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab untuk mempromosikan drama My Coffee Prince dalam program MeleTop semalam.

    Jelas Fas Subari, yang juga pemilik syarikat pengurusan Fastyle Asia sepatutnya pihak di luar sana tidak membuat andaian sendiri.

    Dalam masa yang sama juga Fas turut mengakui sendiri artisnya itu memang terpaksa meninggalkan program hiburan itu pada saat akhir kerana hal kecemasan.

    “Sebagai pengurus Fattah, soal profesional itu saya tahu dia sudah membuat kerjanya sebaik mungkin. Malah dalam hal ini pihak Astro sendiri yang patut keluarkan kenyataan.

    “Saya masih tidak dapat jelaskan apa yang berlaku semalam. Bagaimanapun satu mesyuarat dengan pihak Fattah akan berlangsung hari ini dan kami akan kongsikan kenyataannya lewat petang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online sebentar tadi.

    Sementara itu Fattah dikatakan meninggalkan set Meletop secara tergesa-gesa malam tadi sehingga pihak produksi terpaksa mengejarnya untuk mendapatkan mikrofon yang masih melekat di badan pelakon tersebut.

    Kejadian itu disaksikan peminat yang berada di set program tersebut sehingga menimbulkan tanda tanya dan mempersoalkan tahap profesionalisme pelakon berkenaan.

    Menerusi komen yang ditinggalkan pengikutnya di Instagram, ramai yang mendakwa Fattah berbuat demikian kerana hos program tersebut adalah Neelofa yang sebelum ini pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta dengannya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Fattah Amin Memang Ada Kecemasan – Pihak Pengurusan "