• Fatimah Aishah, Fath Nama Anak Fattah, Fazura

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    Pelakon sensasi Fattah Amin mendedahkan sudah memilih nama dua anaknya ketika mengerjakan Umrah di Makkah bersama Fazura pada awal November lalu.

    Dua nama itu ialah Fatimah Aishah jika dikurniakan cahaya mata perempuan manakala Fath bagi anak lelaki.

    "Kalau anak perempuan Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu.

    "Kalau lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura," ujarnya.

    Perkara itu berkongsi kisah berkenaan dalam temubual di segmen Johara Pagi Era, Era FM, pagi Selasa.

    Pelakon tersebut menjadi tetamu undangan stesen radio berkenaan bagi mempromosi drama terbaharunya berjudul My Coffee Prince.

    Fattah berkata, dia kini sedang berehat daripada sebarang komitmen kerja dan bakal berbulan madu di United Kingdom tidak lama lagi.

    "Saya sedang bercuti dan akan berbulan madu dahulu, kemudian sibuk dengan persiapan resepsi kami pada Januari depan," ujarnya.

    Pelakon Fattah dan Nur Fazura yang berkahwin pada 27 November lalu dalam sebuah majlis tertutup iaitu lima hari selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

    Pasangan yang bergandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella ini bertunang pada 13 NOvember lalu di kediaman keluarga Fazura selepas lima bulan bercinta.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Fatimah Aishah, Fath Nama Anak Fattah, Fazura "