• FAS Pertimbang Ambil Pemain Import Musim Depan

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mempertimbangkan untuk menambat beberapa pemain import bagi menghadapi saingan Liga Perdana 2018.

    Presidennya, Dato Posa Majais berkata, walaupun sebelum ini pihaknya bercadang menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan namun jika terdapat keperluan maka pemain import akan diambil.

    Malah menurutnya, keputusan menggunakan 100 peratus pemain tempatan masih belum muktamad.

    “Keputusan FAS menggunakan 100 peratus pemain tempatan untuk musim depan tanpa mengira kancah pertandingan yang akan disertai bukanlah keputusan
    muktamad.

    “Ini merupakan langkah berani yang terpaksa diambil oleh kami pengurusan FAS baharu sejak musim ini,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Posa menjelaskan, khidmat pemain import mungkin digunakan jika terdapat keperluan memandangkan FAS mahu membuka peluang kepada barisan pemain tempatan mewakili pasukan negeri.

    Bagi menghadapi saingan liga musim depan, Sarawak kini giat mempersiapkan jentera termasuk pemilihan pemain baharu di bawah kendalian jurulatih baharu Ian Andrew Gillian.

    Seramai 12 pemain tempatan yang beraksi dalam saingan Piala Sarawak 2017 turut menyertai kem latihan tersebut.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " FAS Pertimbang Ambil Pemain Import Musim Depan "