• Faktor Prestasi, Kepimpinan Punca Tiga Sukan Digugur: Khairy

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sukan angkat berat, sepaktakraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 jenis sukan teras di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) bermula Sukan Malaysia di Perak pada September depan, umum Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddian Abu Bakar.

    Khairy berkata perkara demikian diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengeruskannya sebentar tadi.

    "Saya mengumumkan Lembaga MSN memutuskan untuk menggugurkan tiga sukan teras daripada 19 jenis sukan ke 16 sukan dan ini dibuat untuk kali pertama sejak tahun 2007," katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian antara 100PLUS dan Perbadanan Sukan Malaysia (PSM).

    Khairy berkata pengguguran itu dilakukan berdasarkan persembahan prestasi yang merosot, isu doping selain kemelut kepimpinan dalam persatuan.

    Berikutan digugurkan, tiga persatuan terbabit akan dikeluarkan daripada program MSN, peruntukan akan ditarik dan perlu lebih berdikari dalam menguruskan persatuan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Faktor Prestasi, Kepimpinan Punca Tiga Sukan Digugur: Khairy "