• Facebook Lancar Messenger Kids

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+


    MENLO PARK: Facebook lancar aplikasi permesejan khusus buat kanak-kanak -- Messenger Kids.

    Aplikasi percuma ini dicipta khas buat kanak-kanak di bawah usia 13 tahun yang tidak boleh mempunyai akaun Facebook mereka sendiri.

    Ia sekali gus membolehkan mereka kekal berhubung melalui panggilan video atau teks bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Berbeza dengan aplikasi Facebook Messenger biasa, Messenger Kids boleh dipautkan bersama akaun ibu bapa untuk memudahkan ibu bapa mengawal apa yang dibualkan anak-anak mereka.

    Facebook turut menyertakan sejumlah kesan khas dalam menjadikan panggilan video lebih menarik ketika menggunakan Messenger Kids.

    Buat masa ini, Messenger Kids hanya ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat dan mungkin diperluaskan kepada semua berdasarkan maklum balas ramai mengenainya. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Facebook Lancar Messenger Kids "