• Facebook Guna Teknologi Pengecaman Wajah

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    LONDON:  Facebook mengumumkan akan menggunakan teknologi pengecaman wajah bagi memberi notifikasi kepada pengguna sekiranya seseorang memuat naik gambar anda di laman itu.

    Lapor Mail Online, ciri terbaharu itu akan membantu pengguna mengesan sekiranya orang lain mungkin menggunakan fo­to anda sebagai gambar profil mereka.

    Ia sekali gus mengurangkan kadar kes penipuan yang melibatkan akaun palsu menggunakan gambar profil orang lain.

    Menurut Facebook, ciri tersebut bagaimanapun boleh dima­ti­kan oleh pengguna namun mereka perlu bersetuju untuk membiarkan orang lain menyimpan wajah anda.

    Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pegawai Privasi Facebook, Rob Sherman berkata, pihaknya akan menambah fungsi buka dan tutup kepada semua pengguna bagi membolehkan mereka mengakses kesemua ciri yang berkaitan dengan pengecaman wajah di laman terbabit.

    “Kami percaya adalah penting untuk mengendalikan teknologi tersebut dengan cara yang be­tul,” kata Sherman dalam satu kenyataan dikeluarkan.

    Teknologi berkenaan bagai­manapun masih belum dapat diperluaskan ke Kanada dan negara Kesatuan Eropah susulan penguatkuasaan un­dang-undang privasi yang ketat.

    Facebook dalam pada itu turut mengumumkan aplikasi yang mampu menjelaskan sesuatu gambar kepada pengguna buta, supaya mereka boleh mengetahui siapa di dalam foto berkenaan.-UTUSAN

    Subjects:

  • No Comment to " Facebook Guna Teknologi Pengecaman Wajah "