• EU Gesa Negara Bukan Anggota Beri Kerjasama Tangani Pelarian

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    STRASBOURG: Kesatuan Eropah menggesa anggotanya dan negara-negara Eropah bertindak lebih agresif dalam menangani krisis pelarian di Libya.

    Ketua Polisi Luar EU, Federica Mogherini berkata kesatuan itu sehingga kini telah melaksanakan langkah berkesan dengan membantu warga pelarian yang terkandas di negara itu.

    Namun, beliau memberitahu tugas itu dilaksanakan secara bersama dengan Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

    "Hasilnya dalam hanya tempoh sembilan hari kami telah membantu hampir 2,000 pelarian meninggalkan Libya secara sukarela.

    "Dengan kerjasama pihak berkaitan wujud kesedaran baru dan kesungguhan baru untuk bertindak.

    "Selepas ini kami mensasarkan untuk memindahkan lebih 15,000 orang yang kini berada di pusat tahanan dan ini akan membolehkan kita mengosongkan pusat tahanan sementara untuk tempoh beberapa bulan akan datang," jelasnya pada sidang parlimen kesatuan itu pada Selasa. - AstroAwani

    Subjects:

  • No Comment to " EU Gesa Negara Bukan Anggota Beri Kerjasama Tangani Pelarian "