• Era Mahathir, Bangkit MA63 Pasti Kena ISA

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+
    Ramai yang tertanya-tanya, kenapa baru sekarang kecoh pasal MA63?, hakikatnya perkara itu tidak dapat disuarakan pada era Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kerana sesiapa sahaja yang bangkitkan MA63 pasti akan menjadi tahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Bukan tidak pernah berlaku apabila ada pemimpin Sabah seperti Jeffry Kitingan ditahan ISA. Bagaimana nak mempercayai Mahathir bila MA63 dipermudahkan jika Pakatan Harapan menguasai Sarawak sedangkan Mahathir sendiri yang menekan suara yang membangkitkan isu tersebut.

    Jangan katakan nak bagi penambahan royalti, apa yang menjadi hak Sarawak pun tiada dalam manifesto PH. Struktur mensejahterakan rakyat pun kabur dan yang utama ialah penyelesaian tanah ncr tidak pernah mendapat perhatian walaupun dalam manifesto sekalipun.

    Ternyata apa yang dikatakan kononnya manifesto merupakan janji manis PH sekadar untuk meraih sokongan dan mengaburi mata rakyat Sarawak.

    Sejak Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri, ISA dimansuhkan. Suara Sarawak yang mahu MA63 dibincang dan dikembalikan hak mendapat perhatian Najib. Ternyata Najib lebih terbuka dan tidak menindas suara-suara dari Sarawak.

    Bukan sekadar MA63, isu lain pun Najib dengar dan buktinya Najib melaksanakan forum terbuka seperti TN50 untuk semua lapisan masyarakat meluahkan pandangan yang akan memberi faedah kepada rakyat.

    Hakikatnya semua berhak menyuarakan pendapat terutama masyarakat Sarawak yang sering melontar isu berkaitan MA63. Jelas sekali Najib tidak menghukum sesiapa sahaja yang ingin membincangkan MA63 jika ia menjurus kepada kebaikan dan bukan perkara menghasut.

    Perkara sebegini yang membezakan antara kepimpinan Najib kini dan Mahathir terdahulu. Mahathir akan mengenakan tahanan ISA jika ada sesiapa yang berani membangkitkan MA63 dan Najib lebih terbuka membincang MA63 dan akan kembalikan hsk jika ada yang terhakis.

    Subjects:

  • No Comment to " Era Mahathir, Bangkit MA63 Pasti Kena ISA "