• Era Digital, PBB Perlu Lebih Ramai Anak Muda

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+
    Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendasarkan digital sebagai pemangkin pembangunan mampan negeri untuk mencapai status negeri maju pada tahun 2030.

    Merealisasikan digital sebagai dasar yang akan mempertingkat pembangunan rakyat dalam pelbagai aspek, tenaga baru dan kepakaran teknologi diperlukan untuk melaksanakan digital ketahap yang terbaik.

    Dengan itu PBB berkemungkinan perlu golongan muda dan idealistik terhadap pemerkasaan digital yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

    PBB tidak boleh berundur ke belakang dan memerlukan lebih ramai tenaga muda untuk memimpin parti. Bukan semestinya PBB menolak pemimpin yang boleh dianggap veteren dalam parti tetapi dengan adanya tenaga muda yang ramai dalam kepimpinan akan mempercepatkan pembangunan yang selama ini dianggap lembap oleh rakyat.

    PBB sudah berpengalaman dengan pemimpin yang sedia ada dan masak dengan prestasi mereka. Ada baiknya PBB perlukan anak muda sebagai 'Booster' untuk melonjak parti dan mengangkat martabat parti lebih signifikan dan diterima oleh berbilang kaum dan agama di negeri ini.

    Oleh yang demikian, lebih ramai tenaga muda amat diperlukan dalam kepimpinan tertinggi dan tidak mustahil pemimpin muda ini akan terus memimpin negeri dengan baik sejajar dengan perkembangan dunia digital yang bukan asing lagi pada alaf ini. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Era Digital, PBB Perlu Lebih Ramai Anak Muda "