• Empat Sekeluarga Cemas Rumah Dipecah Masuk Di Serian

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    SERIAN: Empat sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah kediaman mereka di Kampung Tanah Buda dekat sini dipecah masuk oleh perompak awal pagi tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3pagi itu, suspek dipercayai warganegara Indonesia telah mengikat empat sekeluarga dan seorang pekerja mereka yang berusia sekitar tujuh hingga 52 tahun.

    Difahamkan suspek berjaya melarikan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux, wang tunai dan barang berharga.

    Memetik laporan Harian Metro Online, Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis berkata suspek bersenjatakan parang dan besi memotong pagar sebelum memecah masuk rumah berkenaan selepas merosakkan mangga pintu di bahagian dapur.

    Sebelum memasuki rumah terbabit, suspek telah mengikat pekerja mangsa yang tidur di bahagian stor luar rumah.

    “Suspek kemudian mengejutkan mangsa yang sedang tidur dan mengarahkan mereka supaya tidak berbuat apa-apa atau menjerit jika tidak mahu dicederakan.

    "Suspek mengikat semua mangsa menggunakan tali nilon dan kabel pengecas telefon bimbit sebelum menyelongkar bagi mencari barang berharga.

    Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa yang merupakan seorang kontraktor melebihi RM25,000.

    Sehubungan itu, Aswandy menyeruorang ramai sekiranya melihat mana-mana individu yang mencurigakan diminta menghubungi polis dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.

    Kes kini disiasat menjalankan operasi mengesan suspek khususnya di kawasan hutan berhampiran dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.- Sarawakiana
  • No Comment to " Empat Sekeluarga Cemas Rumah Dipecah Masuk Di Serian "