• Empat Langkah Hadapi Ancaman Keselamatan Tradisional - Hishammuddin

    Published: Sunday, 3 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Malaysia perlu bersedia dengan empat langkah bagi mengurangkan ancaman keselamatan tradisional yang berlaku di abad ke-21 ini.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah berkenaan penting bagi mengekalkan keamanan di negara ini termasuk di rantau Asia Tenggara.

    “Langkah itu adalah meningkatkan persediaan komprehensif semua aset pertahanan negara, memperkenalkan mekanisme penilaian dan pengurusan ancaman, sokongan berterusan dari pelbagai institusi menerusi pelbagai medium yang ada serta kepemimpinan yang rasional, responsif dan bertanggungjawab,”

    katanya ketika berucap dalam Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    Turut hadir Pengerusi KLIYD 2017, Khairul Azwan Harun serta wakil dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia.

    KLIYD 2017 merupakan platform golongan belia berdialog tentang isu semasa bersama pemimpin. Tahun ini, objektifnya adalah membincangkan ancaman masa depan berkaitan ekstremis, keselamatan makanan serta keselamatan siber. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Empat Langkah Hadapi Ancaman Keselamatan Tradisional - Hishammuddin "