• Elak Rasa Selesa, Bersama Pertahankan Batang Sadong

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    Walaupun kawasan Parlimen Batang Sadong merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), Ahli Parlimennya Datuk Seri Nancy Shukri mahu setiap pihak tidak terlalu selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ia penting untuk memastikan suara dan hak rakyat dapat didengari.

    Memetik laporan The Borneo Post, menurutnya, semua penyokong BN juga tidak memandang remeh dan memandang rendah kemampuan lawan.

    "Kita tidak boleh terlalu selesa. Kita perlu bekerja keras dan ingat undi rakyat kepada kita sebagai keutamaan," katanya.

    Nancy turut memberi peringatan ahli PBB yang menentang calon BN termasuk di kawasannya bukan amalan parti tersebut.

    "BN merupakan keluarga besar dan kita tidak benarkan perkara ini berlaku. Jangan undi calon seperti ini di kawasan kita," ujarnya.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Elak Rasa Selesa, Bersama Pertahankan Batang Sadong "