• Elak Dicekup Polis Lelaki Nekad Terjun Bangunan Di Sibu

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+


    SIBU: Padah mengelak dari ditahan oleh pihak polis seorang lelaki berusia 47 tahun mengalami keretakan tulang pinggung selepas nekad terjun dari tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Aman dekat sini malam tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10.15 malam itu, lelaki berkenaan cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis di rumah sewanya sebelum suspek nekad untuk terus terjun tanpa menghiraukan keselamatan diri.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Superitenden Martin Koo ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, suspek yang merupakan seorang pemandu lori cuba melarikan diri setelah dikesan pihak polis berhubung kes curi telefon.

    Suspek akhirnya berjaya ditangkap kerana tidak mampu melarikan diri dan mengadu sakit di bahagian pinggul selepas terjun," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo

    Suspek telah dibawa ke Hospital Sibu dan disahkan mengalami retak sedikit di bahagian tulang pinggul.

    Suspek kini ditahan di wad Hospital Sibu dan kes disiasat disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Elak Dicekup Polis Lelaki Nekad Terjun Bangunan Di Sibu "