• Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 5.8 Peratus Tahun Ini

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.8 peratus tahun ini, iaitu pertumbuhan tertinggi yang dicatatkan sejak 2014.

    Pada 2018, Malaysia diunjur mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar yang sederhana pada 5.2 peratus, demikian menurut Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM) yang dikeluarkan Bank Dunia hari ini. 


    Pengarah Bank Dunia bagi Malaysia, Thailand dan Kerjasama Serantau, Ulrich Zachau berkata, dalam tempoh lebih 20 tahun sejak krisis kewangan Asia, ekonomi Malaysia berkembang dengan baik disokong dengan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang komprehensif. 


    “Dengan meneruskan pengurusan makroekonomi yang mapan dan memperkukuhkan kemahiran modal insan, kecekapan dan peluang yang seimbang, akan mendorong kepada perkembangan pesat negara sekali gus memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapat akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik,” katanya dalam majlis pelancaran laporan MEM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 5.8 Peratus Tahun Ini "