• Ekonomi Digital Tingkat Daya Saing Usahawan - Awang Tengah

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    Pembangunan dasar ekonomi digital di negeri ini bakal meningkatkan daya saing usahawan sama ada mereka berpusat di bandar atau luar bandar untuk memperluaskan pengedaran dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan,

    Memetik laporan The Borneo Post, Menteri Pembangunan dan Sumber Asli Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, usahawan perlu bijak dalam memanfaatkan kemudahan teknologi masa kini bagi menghadapi cabaran kaedah konvensional.

    "Jika kita tidak memanfaatkannya, kita akan ketinggalan." katanya.

    Tambahnya, penubuhan dasar ekonomi digital amat memainkan peranan penting dan relevan dengan peredaran zaman dengan penggunaan aplikasi baharu bagi membolehkan usahawan bergerak lebih cergas dalam perniagaan dengan kelajuan yang pantas.

    “Ini adalah salah satu cabaran kepada usahawan untuk terlibat secara langsung dalam pelaksanaan ekonomi digital supaya tidak ketinggalan.

    “Bergerak ke arah pendigitalan adalah satu kemestian dan ia tidak lagi dianggap sebagai pilihan kepada kita,” ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Ekonomi Digital Tingkat Daya Saing Usahawan - Awang Tengah "