• Ed Sheeran Terima Pingat MBE Daripada Putera Charles

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+

    LONDON: Penyanyi Ed Sheeran menerima pingat Most Excellent Order of the British Empire (MBE), satu penghormatan daripada Kerajaan Britain atas sumbangannya dalam bidang muzik dan kebajikan.

    Pemenang Anugerah Grammy itu menerima pingat berkenaan daripada pewaris takhta Britain, Putera Charles dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Buckingham, di sini.

    Sheeran, 26, yang popular dengan lagu 'Shape of You' adalah artis paling popular dalam perkhidmatan penstriman Spotify sepanjang 2017, manakala albumnya yang bertajuk 'Divide' berjaya mengungguli carta album di Amerika Syarikat.

    Beliau juga dilaporkan sering menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk menyokong beberapa projek kebajikan, termasuk kanak-kanak hospis, kempen membasmi kemiskinan dan AIDS.

    Ketika bercakap kepada BBC selepas majlis itu, Sheeran berkata: "Jika mendiang datuk saya masih hidup, beliau mungkin gembira dengan pemberian pingat ini.

    "Beliau yang meninggal dunia empat tahun lalu adalah seorang peminat golongan diraja, malah mempunyai semua plat peringatan dan barangan berkaitan kerabat diraja". - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Ed Sheeran Terima Pingat MBE Daripada Putera Charles "