• Dunia Tak Hirau Ancaman Trump

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 26 December 2017
    A- A+


    PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini semakin terpinggir selepas 128 negara menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

    Lebih memalukan, hanya sembilan negara menolak usul itu dan menyokong Zionis.

    Ia dianggap kemenangan simbolik secara moralnya kepada masyarakat antarabangsa yang menolak tindakan berat sebelah AS itu selepas Israel acap kali tidak patuh kepada undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

    Duta Besar AS ke PBB, Nikki Haley dengan bongkaknya mengatakan, bahawa keputusan itu tidak akan mengubah apa-apa pendirian AS untuk terus mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Bailtulmaqdis.

    Sebelum undian, Haley juga berulang kali mengancam untuk menghentikan bantuan kepada negara yang menyokong draf resolusi itu selain sumbangan AS kepada PBB.

    AS kaki buli

    Sementara itu, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu menganggap AS sebagai pembuli antarabangsa selepas mengeluarkan ugutan tersebut.

    "Ada sebuah negara anggota PBB yang telah mengugut semua anggota lain. Kami telah diminta untuk mengundi ‘tidak’ atau berdepan akibatnya. Malah ada yang diancam untuk dihentikan bantuan pembangunan.

    Sebanyak 128 negara menyokong resolusi berhubung Baitlmaqdis, sembilan membantah dan 35 lagi berkecuali.
    “Sikap sedemikian tidak boleh diterima. Ini adalah satu pembulian dan badan ini (PBB) tidak akan tunduk kepadanya.

    "Adalah sesuatu yang tidak beretika untuk berfikir bahawa nilai dan maruah negara anggota boleh dijual beli,” katanya.

    Hanya negara kerdil sokong AS, Zionis

    Washington hanya menerima sokongan tujuh negara kerdil - bukti menunjukkan langkah bersendirian mereka tidak disenangi masyarakat dunia.

    Tujuh negara terebut ialah Guatemala, Honduras, Marshall Island, Micronesia, Nauru, Palau serta Togo. - SH

    Subjects:

  • No Comment to " Dunia Tak Hirau Ancaman Trump "