• Dunia Desak Pembebasan Wartawan Reuters

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    NEW YORK - Beberapa negara dunia termasuk Jerman dan Jepun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan wartawan mendesak Myanmar membebaskan dua wartawan agensi berita Reuters yang ditahan pada 12 Disember lalu oleh pihak polis negara itu.

    Wartawan berkenaan, Wa Lone dan Kyaw Soe Oo ditahan di kawasan pinggir Yangon selepas dijemput untuk bertemu dengan beberapa pegawai polis ke kawasan berkenaan.

    Kedua-dua wartawan itu telah bertugas membuat liputan tentang serbuan pihak tentera di wilayah Rakhine dan situasi seramai 650,000 etnik Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos lalu.

    Kementerian Maklumat Myanmar mendakwa wartawan terbabit `memperoleh maklumat secara tidak sah dengan niat berkongsi dengan media asing’.

    Mangsa dua dan dua lagi anggota polis menghadapi tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi yang membawa hukuman penjara 14 tahun walaupun para pegawai polis memaklumkan mereka masih belum didakwa.

    Lokasi penahanan mereka tidak diketahui namun kementerian berkenaan telah menyiarkan gambar mereka yang digari.

    Antara negara lain yang turut mendesak pembebasan wartawan itu ialah Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Britain, Belanda, Kanada, Sweden selain pertubuhan Human Rights Watch. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Dunia Desak Pembebasan Wartawan Reuters "