• Duda Tulis Nota Elak Sunyi

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+


    KESUNYIAN, itulah yang dirasai segelintir orang terutama warga emas yang menjadi sepanjang tahun termasuk semasa musim perayaan Krismas.

    Ini termasuk seorang pesara dari Berlin, Jerman yang tidak mahu menghabiskan masanya bersendirian pada Hari Krismas.

    Dia yang juga seorang duda bertindak menulis sesuatu pada papan notis di sebuah pasar raya.

    "Di mana seorang pesara dan dua kesunyian mencari tempat di dalam sekumpulan kecil untuk Krimas," menurut mesej tersebut.

    Mesej lelaki itu dikesan oleh seorang penjawat awam, Femima Lisa yang kemudiannya berkongsi pesanan itu di Facebook.

    'Posting' Lisa di laman sosial dikongsi beribu kali.

    Ratusan jemputan buat lelaki itu untuk makan tengah hari pada Hari Krismas.

    Lisa berkata: "Saya tidak menjangkakan banyak maklum balas yang diterima. Sehingga pada satu masa, saya tidak dapat menanganinya."

    Menurut wanita berumur 27 tahun itu, dia berkongsi nota kerana bimbang tiada sesiapa yang akan membacanya.

    "Siapa yang mahu melihat pada papan hitam di pasar raya hari ini," soalnya.

    Pesara itu terharu dengan sambutan yang menggalakkan kerana ramai yang sudi menghulurkan bantuan.

    "(Dia) sangat terharu," kata Lisa selepas membantu lelaki itu membaca kesemua mesek.

    Lelaki itu kini mempunyai banyak masa untuk membuat kunjungan. - Mirror/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Duda Tulis Nota Elak Sunyi "