• Dua budak lelaki antara 4 terbunuh

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    DUA warga emas dan dua budak lelaki maut dalam kebakaran rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang, kira-kira 6 pagi ini.

    Mereka adalah Lim Mai Shak, 68, Chia Tee Nang, 73, dan Chia Yuan Bin, tiga tahun.

    Identiti seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang belum dikenalpasti.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya mendapat panggilan pada 6.08 pagi.

    Katanya, 15 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang serta KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian.

    “Rumah itu musnah sepenuhnya. Empat mangsa ditemui selepas api dipadamkan,” katanya.

    Mohd Sani berkata, mangsa pertama ditemui pada 6.43 pagi, kedua pada 6.47 pagi manakala mangsa ketiga dan keempat ditemui pada 6.58 pagi.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Dua budak lelaki antara 4 terbunuh "