• Dibunuh Gagal Bayar Gigolo

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Kejadian seorang wanita cantik sudah bersuami di Batam dibunuh kekasih upahannya atau ‘gigolo’ minggu lalu, kerana tidak membayar selepas mendapat khidmat seks lelaki itu, menggemparkan Indonesia.

    Mayat wanita itu, Deli Cinta Sihombing, 32, ditemui dengan kaki dan tangan terikat tanpa seluar di rumahnya di Tanjung Uncang, Batu Aji, Batam, Khamis lalu.

    Di sampingnya, anak lelakinya berusia tiga tahun, kelihatan pucat dan keletihan dipercayai sudah lebih sehari terkurung bersama mayat ibunya.

    Menurut laporan portal berita Tribunnews, ketika kejadian, suami wanita terbabit tiada di rumah kerana sedang berlayar yang dijadualkan selama sebulan.

    Mayatnya ditemui keluarga wanita itu selepas gagal menghubunginya sejak 19 Disember lalu, menyebabkan mereka ke rumahnya pada Khamis, dan terpaksa memecahkan pintu.

    Siasatan mendapati kereta mangsa, televisyen LCD, telefon bimbit dan sejumlah barang berharga dalam rumah mangsa juga hilang.

    Polis menubuhkan pasukan khas dan berjaya menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai pelayan bar dikenali sebagai Dedi Purbianto di sebuah hotel di Batam Centre tempatnya bekerja kerana disyaki membunuh wanita terbabit. Polis terpaksa menembak kaki Dedi kerana melawan ketika hendak ditahan.

    Siasatan mendapati Dedi yang juga berkhidmat sebagai gigolo, mendakwa mengenai Deli Cinta melalui Facebook dan mereka sudah dua kali melakukan seks dengan kali pertama di hotel.

    Lelaki itu mendakwa dia nekad membunuh Deli Cinta kerana sehingga pagi Khamis lalu, wanita itu masih gagal membayar khidmatnya.

    Bedah siasat mendapati wanita itu mati akibat mukanya ditekap dan terdapat retakan pada tulang lehernya akibat dicekik.

    Menurut doktor, bedah siasat tidak menunjukkan berlakunya hubungan seks sebelum mangsa dibunuh.

    Wanita itu dikebumikan Jumaat lalu, dan difahamkan suaminya yang pulang selepas dimaklumkan kematian isterinya, tidak menghadiri pengkebumiannya.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Dibunuh Gagal Bayar Gigolo "