• Demontrasi S4S Salah Kerana Tanpa Permit

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+


    KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai menyifatkan himpunan yang anjuran kumpulan aktivis Sarawak For Sarawakian (S4S) di Tebingan Sungai Sarawak pagi tadi adalah salah disisi undang-undang.

    Menurutnya, himpunan yang dianjurkan oleh aktivis S4S berkenaan tidak mempunyai sebarang permit bagi mengadakan himpunan tunjuk perasaan berkaitan dengan Perjanjian Malaysia  1963(MA63).

    Memetik laporan The Borneo Post, Abang Ahmad berkata, pihak polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur yang mengadakan himpunan tanpa permit di kawasan terbuka.

    Jelasnya, himpunan terbabit telah menghalang laluan yang begitu sibuk di kawasan itu.

    “Kami (polis) telah mengarahkan supaya individu yang menyertai himpunan tersebut supaya bersurai kerana menghalang laluan yang begitu sibuk di sekitar kawasan Tebingan Sungai Sarawak.” katanya. -Sarawakiana
  • No Comment to " Demontrasi S4S Salah Kerana Tanpa Permit "