• Demi Berkhidmat Kepada Rakyat, Seorang Doktor Melobi Kerusi Saratok

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    Dr James Chella (third right) with his family (Foto The Borneo Post)

    Dr James Chella, dilihat antara beberapa nama berpotensi yang bekerja keras melobi sebagai calon Barisan Nasional melalui Parti Demokratik Progresif (PDP) untuk bertanding di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Dr James merupakan pengikut bekas Ahli Parlimen Saratok Jelaing Mersat selama bertahun-tahun sebelum beralih kepada pembangkang selepas persaraannya.

    "Saya adalah calon terbaik untuk memenangi Saratok untuk Barisan Nasional," katanya

    Dr James menjelaskan niat sebenarnya beliau untuk bertanding hanyalah ingin memberi khidmat kepada rakyat dan menyediakan infrastruktur yang lebih baik walaupun beliau masih baru dalam dunia politik.

    "Saya tidak mempunyai agenda perniagaan. Saya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat. Apa yang ada pada diri saya sudah mencukupi," katanya

    Beliau juga percaya lebih banyak yang perlu dilakukan di Saratok terutama penduduk yang tinggal di pedalaman.

    Tambahnya lagi, beliau mendakwa sokongan akar umbi adalah salah satu sebab beliau menawarkan diri sebagai calon BN dan mula berkecimpung dalam politik.

    "Ya, sekarang saya berpusat di Lawas. Jika mereka memilih saya sebagai calon, anak saya akan mengambil alih klinik saya di Lawas. Saya akan berpindah ke Kuching dan ditempatkan di Saratok sebagai ahli politik sepenuh masa,"katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Demi Berkhidmat Kepada Rakyat, Seorang Doktor Melobi Kerusi Saratok "