• DBNA Punyai Cara Berkesan Selesai Penyukatan NCR

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+
    Pertubuhan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) menggunapakai cara yang berkesan untuk menyukat hak tanah adat bumiputera (NCR) yang diperakui sah oleh kerajaan.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, DBNA diperakui mempunyai penyelesaian yang tepat dan memudahkan NCR disukat dengan cepat.

    Jabatan Tanah dan Servey turut menyatakan akan bekerjasama dengan DBNA bermula sekarang. Ini kerana ia memudahkan kerja-kerja penyukatan dan mewartakan hak milik.

    Hakikatnya DBNA begitu rasional mencari inisiatif yang berkesan serta mempercepatkan proses menyukat dan hak milik yang sah dan diperakui oleh kerajaan.

    Pada masa sama Uggah turut menjelaskan model yang digunapakai oleh DBNA akan dijadikan contoh untuk mencari penyelesaian penyukatan tanah NCR yang lain.

    Oleh yang demikian, hanya melalui kesepakatan dan perbincangan mampu menemui cara terbaik untuk menyelesai masalah sebagaimana DBNA bertindak untuk kepentingan Bidayuh khususnya.

    Subjects:

  • No Comment to " DBNA Punyai Cara Berkesan Selesai Penyukatan NCR "