• Datuk Tiri Tergamak Rogol Cucu Berusia Lima Tahun

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    SUBANG JAYA - Datuk tiri durjana tergamak dipercayai melakukan aktiviti tidak bermoral terhadap cucunya berusia lima tahun.

    Kejadian itu disedari bapa kanak-kanak perempuan itu selepas diambil pulang daripada rumah datuknya di USJ 9, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelmarin.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Choo Lily berkata, setelah sampai di rumah, ketika kanak-kanak itu hendak dimandikan, telah ada bau busuk di kemaluannya.

    “Curiga dengan perkara itu, kakak kepada mangsa telah diminta bapanya untuk memeriksa kemaluan mangsa dan mendapati terdapat cecair putih.

    “Mangsa turut menyatakan berasa sakit pada kemaluannya dan mendakwa datuk tirinya ada menggosok badan dan memasukkan sesuatu ke dalam kemaluannya,” katanya.

    Beliau berkata, mangsa kemudian segera dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan doktor.

    Susulan itu, bertindak atas maklumat dan laporan yang dibuat, tangkapan telah dibuat terhadap datuk tiri kanak-kanak terbabit berusia 66 tahun, kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.

    “Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya. - SH

    Subjects:

  • No Comment to " Datuk Tiri Tergamak Rogol Cucu Berusia Lima Tahun "