• DAP Tidak Berminat Bertanding Di Parlimen Miri

    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tampil dengan penjelasan parti itu tidak berminat terhadap kerusi parlimen Miri, sekaligus menafikan khabar angin sebelum ini yang mendakwa pemimpin kanan DAP Sarawak sedang mengintai peluang untuk bertanding di kerusi tersebut.

    Antara nama yang pernah disebut-sebut ialah Setiausaha agung DAP Sarawak Alan Ling , yang dianggap calon mampu menang dalam apa jua keadaan. 

    Pada April lalu, seorang penyokong DAP Joseph Wong dalam satu kenyataan meminta agar Alan Ling dipertimbangkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Miri pada PRU 14 yang akan datang. 

    Bagaimanapun semua kenyataan serta khabar angin tersebut terungkai dengan penafian Pengerusinya, Chong Chieng Jen menerusi sidang media semalam yang menyifatkan semua itu sebagai tidak berasas.

    Menurut Chong yang dipetik The Borneo Post, pihaknya tidak akan merosakkan kepercayaan dan kerjasama antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    "DAP tidak pernah mengatakan mahu bertanding di Miri. PKR masih akan bertanding di sana.

    "Semuanya hanya khabar angin dan orang bijak tidak membeli khabar angin. Kita tidak akan menjejaskan kerjasama kita dengan PKR, " katanya dipetik sebagai berkata.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching menegaskan, tumpuan utama mereka ialah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memberi harapan baru untuk rakyat Malaysia.

    Pada pilihan raya umum 2013, calon PKR Michael Teo merampas Miri dari BN selepas meraih 26,909 undi terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sebastian Ting dan Chong Kon Fatt, Parti Pembaharuan Negeri (STAR) , yang masing-masing mendapat undi sebanyak 24,917 dan 306 undi. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Tidak Berminat Bertanding Di Parlimen Miri "