• DAP Sebenarnya Parti Bankrap, Kata Pemuda SUPP

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+
    KUCHING : Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menyifatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebenarnya yang sudah bankrap dalam segala-galanya, ianya merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang mendakwa rancangan projek pembinaan LRT di negeri ini akan menyebabkan akan kerajaan negeri bankrap.

    Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Michael Tiang berkata, DAP sebenar sudah sekian lama bankrup daripada sokongan rakyat dan idea untuk pembangunan Sarawak.

    Menurutnya, rakyat mengetahui di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kerajaan bersama rakyat sentiasa bekerja keras mentadbir urus, kewangan dan perpaduan negeri ini dengan baik.

    "Sebaliknya apa yang DAP lakukan hanya menggunakan semua tenaga dan minda mereka untuk meramalkan bagaimana Sarawak akan muflis. Apa yang mereka kemukakan hanyalah ramalan dan anggaran kegagalan projek LRT yang dicadangkan oleh CM kita dan membunuh semangat dan harapan rakyat Sarawak untuk melihat kejayaan pembangunan berpaksi idea bernas Sarawak sendiri," katanya ketika sidang media di ibupejabat SUPP pagi tadi.

    Beliau menjelaskan, sudah beberapa kali DAP hanya bertahan dengan menyebarkan teori politik muflis dan musnah.

    "Saya lebih suka merujuk fakta-fakta sebenar, bukannya ramalan yang remeh, bahawa Pulau Pinang di bawah tadbir urus DAP membayar yuran perunding RM429 juta untuk jalan dan terowong yang belum pernah dibina.Inilah yang saya sebut sebagai tokoh sebenar yang menjejaskan wang rakyat.

    "Pada masa ini, projek LRT yang dicadangkan oleh CM masih dalam peringkat perancangan, dan kerajaan Sarawak belum membayar yuran perundingnya, DAP sudah mendakwa Sarawak akan menjadi muflis," ujarnya.

    Foo menambah Bajet 2018 Sarawak menjelaskan kekukuhan status kewangan Kerajaan negeri berbeza dengan Kerajaan Pulau Pinang, dimana Sarawak mempunyai simpanan sebanyak RM30 bilion manakala Pulau Pinang hanya mempunyai simpanan sebanyak RM1 bilion.

    Beliau mempersoal Chong kerajaan manakah yang terlebih dahulu akan jatuh muflis?, dengan merujuk kepada anggaran defisit RM748 juta (Pulau Pinang) berbanding RM256 juta (Sarawak).

    Foo menegaskan bahawa ia adalah taktik yang biasa untuk mengutuk apa sahaja usaha atau kerja yang baik oleh Kerajaan seperti Ekonomi Digital, internet berkelajuan tinggi, Sarawak Pay dan sekarang LRT dengan hanya satu motif atau agenda, iaitu untuk menyebarkan kebencian terhadap kerajaan supaya DAP boleh mendapat sokongan politiknya terutama semasa pilihan raya.

    “Chong dan DAP lebih berminat melihat Sarawak ketinggalan selama-lamanya daripada melihat Sarawak bergerak ke hadapan dengan teknologi terkini atau kemajuan setanding dengan seluruh dunia,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " DAP Sebenarnya Parti Bankrap, Kata Pemuda SUPP "