• DAP Sebenarnya Kekurangan Calon Berkebolehan

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+

    Amat jelas sekali Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak masih kekurangan calon berkebolehan sehingga seorang wakil rakyat terpaksa memegang dua jawatan iaitu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen sekaligus.

    Ia merujuk kepada Pengerusi DAP Sarawak sendiri iaitu Chong Chieng Jen yang merupakan ADUN Kota Sentosa dan Ahli Parlimen Bandar Kuching.

    "Saya tidak mempunyai pilihan selain memegang dua jawatan," katanya memetik laporan The Borneo Post.

    Chong menegaskan DAP tidak mampu untuk mengikut langkah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang tidak akan mencalonkan ADUN untuk bertanding kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

    Ini kerana tidak ramai yang ingin menyertai pembangkang kerana ia melibatkan lebih banyak pengorbanan daripada manfaat dakwa beliau.

    Sementara itu, Chong berkata DAP juga mempunyai proses pemeriksaan dalaman mereka bagi calon pilihan raya umum (PRU14) mereka untuk mengelakkan kejadian yang berlaku terhadap ADUN Pujut sebelum ini.

    "Kami mempunyai proses dalaman tersendiri untuk memilih calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihanraya tetapi yang paling utama adalah kebolehan mereka dan keinginan yang ikhlas untuk berkhidmat kepada masyarakat," ujarnya - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Sebenarnya Kekurangan Calon Berkebolehan "