• DAP Sarawak Mula Gelisah Bila SUPP Semakin Kukuh

    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+
    Perubahan drastik dalam parti komponen BN Sarawak seperti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menyebab parti pembangkang terutama DAP tidak senang duduk serta gelisah.

    Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat persidangan perwakilan tri-tahunan SUPP lalu menambah kegusaran DAP apabila SUPP dilihat lebih bersedia untuk menghadapi PRU14 akan datang.

    DAP melalui Pembantu khas Pengerusi DAP kelvin Yii Lee Wuen cuba mencari kesilapan daripada ucapan Najib untuk dijadikan senjata serangan politik serta mencetus propaganda yang akan menggugat minda rakyat negeri ini.

    Kenyataan dua syarat daripada Najib, DAP reka propaganda yang kalau dilihat memang masuk akal bagi yang mudah dan percaya dakyah tersebut.DAP terus menuduh Najib memeras ugut berkaitan MA63 walhal terdapat maksud sebaliknya apa yang dinyatakan oleh Najib.

    Najib menjelaskan perbincangan tentang MA63 dilakukan dengan hati terbuka tetapi jangan melepasi garisan merah seperti meminta untuk keluar dari Malaysia.

    Manakala kenyataan Najib yang meminta rakyat Sarawak mengundi Barisan Nasional adalah perkara yang perlu kerana jika kerajaan Sarawak dikuasai pembangkang, maka perbincangan untuk mengembalikan hak Sarawak akan berbeza dan menemui kesukaran.

    Tuduhan atau dakwaan yang DAP lontarkan hanyalah propaganda politik yang sudah kehabisan modal dan melalui pengalaman yang lepas, DAP dan PH sebenarnya mempunyai pemimpin tertinggi yang pada hakikatnya tidak pernah melihat hak Sarawak sebagai perkara utama untuk diperjuangkan.

    Dan terbukti DAP dan PH pada kali ini begitu risau melihat kebangkitan SUPP yang semakin stabil di bawah pimpinan Presidennya, Dr Sim Kui Hian yang bakal mengugat DAP seperti apa yang berlaku pada PRN lepas. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Sarawak Mula Gelisah Bila SUPP Semakin Kukuh "